Adakah anda berminat membina kerjaya dalam bidang pendidikan? Peluang kini terbuka untuk anda memohon jawatan kosong Pembantu Guru tahun 2025 di seluruh Malaysia. Jawatan ini sesuai untuk lepasan SPM, diploma mahupun graduan yang ingin menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara. Antara kelebihan jawatan ini termasuk gaji menarik, latihan Kerja,serta persekitaran kerja yang mesra. Mohon segera sebelum tarikh tutup permohonan!
Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Pembantu Guru di PPD pada tahun 2025.
POST TRENDING: SEMAK NAMA PELATIH PLKN 3.0 SIRI 2 Tahun 2025 Secara Online Disini
Maklumat Jawatan Kosong Pembantu Guru
Nama Majikan : | Pejabat Pendidikan Daerah |
Nama Jawatan : | Personel MySTEP (Pembantu Guru) |
Penempatan : | Seluruh Negeri, Malaysia |
Kelayakan : | SPM Setaraf |
Taraf Jawatan : | Kontrak |
Tarikh Tutup Permohonan : | Terbuka |
Gaji : | Bermula RM1,700 – RM1,999 Sebulan Termasuk Caruman |
Kelebihan/ Benefits: | Cuti Rehat Cuti Sakit (MC), Caruman KWSP Caruman Perkeso |
Syarat Asas Kelayakan Pembantu Guru:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 Tahun ke atas
- Fasih Bertutur dalam Bahasa Melayu dan berkebolehan asas berbahasa Inggeris
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik dan mampu bekerja dalam keadaan mendesak
- Mahir menggunakan Perisian Microsoft Word, Microsoft Excel, Google Sheet/ Docs dan Power Point dengan baik.
Senarai Jawatan Kosong
Calon yang terpilih akan ditempatkan di tempat-tempat yang berikut mengikut lokasi permohonan yang dipilih oleh calon.
Jawatan / Sekolah | Kelayakan Akademik | Penempatan |
Pembantu Pengurusan Murid PPKI (SK SERASOT) | SPM | Bau, Sarawak |
Pembantu Pengurusan Murid Asrama (SK Tringgus) | SPM | Bau, Sarawak |
Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah) | SPM | Baram, Sarawak |
Pembantu Pengurusan Murid (SK Bukit Kallam) | SPM | Labuan |
Pembantu Pengurusan Murid (PraSekolah) | SPM | Petaling Jaya, Selangor |
Pembantu Pengurusan Murid (SK POS POI) | SPM | Kuala Kangsar, Perak |
Diskripsi Tugas/ Job Description:
Pembantu Pengurusan Murid PPKI:
- Membantu dalam pengurusan diri murid dari aspek fizikal, emosi, rohani dan jasmani serta keselamatan dan kesihatan murid
- Menyambut kehadiran murid ke kelas dan menghantar murid ke pintu pagar sekolah sewaktu pulang.
- Memastikan keselamatan murid ketika berada di dalam kawasan sekolah.
- Memaklumkan kepada Guru Prasekolah/ Penyelaras untuk menghubungi ibu bapa/ penjaga sekiranya terdapat murid yang lewat pulang serta menemani murid tersebut.
Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah):
- Urusan pentadbiran kelas Prasekolah
- Urusan pengajaran/pembelajaran murid-murid Prasekolah
- Urusan penyediaan makanan/mengemas/membersih
- Urusan menjaga hal ehwal murid Prasekolah
- Menjalankan tugas dari semasa ke semasa
Pembantu Pengurusan Murid (Sekolah Biasa):
- Menjalankan tugas-tugas Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
- Membantu pihak sekolah dalam menjalankan tugas-tugas pembelajaran dan pengajaran di sekolah
- Membantu tugas-tugas kokurikulum yang diarahkan oleh pengetua atau guru besar.
- Melibatkan diri dalam semua aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
- Tertakluk kepada pengambilan dan kekosongan semasa PPM yang akan diganti.
- Tempoh bekerja mengikut tempoh yang ditetapkan dalam kontrak.
Cara Mohon
- Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui Portal Rasmi myfuturejobs Myfuturejobs.gov.my atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 14 Hari/ 2 Minggu dari tarikh mohon hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Baca Juga :
- Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP 2025 (Perlis, Pulau Pinang, Pahang, WP Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur)
- PERODUA Tawar Kerjaya Automatif 2025 – Gaji, Elaun & Bonus Lumayan – Mohon Sekarang!
🔗 [Mohon Sekarang Jawatan Pembantu Guru 2025]
Tarikh Penting Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Guru 2025
Tarikh Permohonan dibuka : 16 Julai 2025
Tarikh Tutup : Terbuka sehingga diberitahu
FAQ (Soalan Lazim)
- Apakah tugas utama seorang Pembantu Guru?
Tugas Pembantu Guru termasuk membantu guru utama dalam menyedia dan menguruskan aktiviti pembelajaran, menjaga kebajikan murid, dan membantu dalam pengurusan kelas harian. - Apakah kelayakan minimum untuk memohon jawatan ini?
Kelayakan minimum biasanya adalah SPM, namun sesetengah institusi mungkin memerlukan Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau bidang berkaitan. - Berapa gaji permulaan bagi Pembantu Guru?
Gaji permulaan boleh bermula dari RM1,200 hingga RM2,000 sebulan, bergantung kepada lokasi, institusi, dan jenis jawatan (kontrak/tetap). - Adakah jawatan ini dibuka untuk lepasan SPM tanpa pengalaman?
Ya, kebanyakan jawatan pembantu guru terbuka kepada lepasan SPM tanpa pengalaman, asalkan calon berminat dan berkomitmen dalam bidang pendidikan. - Di mana lokasi jawatan kosong Pembantu Guru ditawarkan?
Jawatan ini ditawarkan di sekolah kerajaan,
👉 Berminat Menjadi Pembantu Guru?
Jangan lepaskan peluang untuk memohon sekarang! Klik butang di bawah untuk lihat senarai penuh kekosongan jawatan Pembantu Guru 2025 di seluruh Malaysia. Tingkatkan kerjaya anda dalam dunia pendidikan hari ini.
🔗 [Mohon Sekarang Jawatan Pembantu Guru 2025]
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.