SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN SABAH RM300: PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT NEGERI SABAH TAHUN 2025.

Terkini! Seramai 100,000 penerima golongan miskin dan miskin tegar dijangka akan menerima manfaat daripada inisiatif bantuan baharu yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah bermula Februari 2025 sebanyak RM300 sebulan pada fasa pertama. Bagaimanakah cara semak status permohonan bantuan sabah rm300 2025?
Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA: SKIM PERLINDUNGAN B40: MYSALAM (SEMAKAN KELAYAKAN DAN CARA TUNTUTAN)
APA ITU BANTUAN SABAH RM300
Program ini adalah selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pelaksanaan Program Bantuan Sabah RM300 iaitu pemberian bantuan tunai khas RM 300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu (1) tahun.
TUJUAN BANTUAN SABAH RM300 DIBERIKAN
Tujuan Bantuan Sabah ini diberikan adalah;
- Bantuan Kewangan untuk Keperluan Asas
- Meringankan beban penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas.
- Bantuan untuk kehidupan yang selesa
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa; dan
- Pengurangan Kemiskinan Tegar
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH RM300
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warga Malaysia (Rakyat Sabah);
- Menetap di Negeri Sabah;
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
TARIKH PENGAGIHAN DUIT BANTUAN SABAH RM300
Bermula Februari 2025, seramai 72,058 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024 telah menerima manfaat ini.
Daripada jumlah tersebut, 52,201 penerima telah menerima bayaran terus ke akaun bank, manakala 19,857 penerima menerima bantuan secara tunai.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN SABAH RM300
Cara semak kelayakan bantuan sabah anda adalah melalui langkah berikut;
- Layari Laman web Rasmi Negeri Sabah disini: https://sukur.sabah.gov.my/
- Masukkan maklumat kad pengenalan.
- klik Semak.
- Paparan kelulusan permohonan adakan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH RM300
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar (Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas) | RM300 (Sebulan) |
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di: https://padans.sabah.gov.my/