Panduan Lengkap Permohonan PISMP Laluan Perdana 2025.

Panduan Lengkap Permohonan PISMP Laluan Perdana 2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022, 2023 dan 2024 yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru, KPM tahun 2025.

bagaimanakah cara memohon program PISMP ini? Ikuti panduan lengkap permohonan PISMP Laluan Perdana dibawah.

Post Trending : Lesen Motor Percuma 2025, MyLesen B2 JPJ (Download Borang)

MAKSUD PISMP LALUAN PERDANA

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti program persediaan PISMP selama satu tahun atau tiga semester di IPG yang
ditetapkan oleh KPM. Pelajar yang LULUS program persediaan PISMP akan diberikan Sijil Tamat program dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PISMP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Laluan Perdana Bermaksud, para pemohon yang layak selepas tamat belajar akan ditempatkan di Sekolah Rendah KPM. Sekolah rendah ini meliputi;

  1. Sekolah Kebangsaan (SK)
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
  4. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)

Syarat dan Kelayakan PISMP Laluan Perdana

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. LULUS SPM dengan memperoleh gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
    • Bahasa Melayu;
    • Bahasa Inggeris; dan
    • Sejarah.
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan.

Bidang Pengkhususan Yang ditawarkan

  1. Sekolah Kebangsaan (SK)
  1. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  1. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
  1. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PISMP LALUAN PERDANA

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana-mana institusi pendidikan dalam dan luar negara.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON PISMP LALUAN PERDANA

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM disini : https://pismp.moe.gov.my mulai 24 Februari 2025.
  2. Lepasan SPM Tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan SPM diumumkan. Sila rujuk tarikh-tarikh penting yang disediakan.
  3. Lepasan STPM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Semester 3 diumumkan.
  4. Lepasan STAM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan akhir pengajian diumumkan.
  5. Lepasan Program Matrikulasi sesi 2024/2025 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) diumumkan.
  6. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian
    Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan sebelum membuat permohonan.
  7. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.
  8. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutuppermohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan permohonan.
  9. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak

Mohon Program PISMP Laluan Perdana

TARIKH PENTING PISMP LALUAN PERDANA 2025

Tarikh Penting PISMP 2025

MAKLUMAT TAMBAHAN

  1. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting pengambilan PISMP ambilan tahun 2025. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan
    semasa.
  2. Calon mestilah menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temu duga dan UKF.
  3. IPGM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.
  4. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan termaterma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM serta pindaan-pindaan yang
    dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Maklumat permohonan ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6733/ 6760/ 6723/ 6720/6768/ 6693
(Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang)

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://pismp.moe.gov.my/iklan_2025/01_PISMP%202025_LALUAN%20PERDANA_PANDUAN%20PERMOHONAN%20&%20SYARAT-SYARAT%20BIDANG.pdf

Leave a Comment