Kedai Berdaftar Untuk Pembelian Menggunakan Bantuan dalam MyKad (MyKasih/SARA) Tahun 2025
Bermula Rabu, 15 Januari 2025, Bantuan SARA akan dikreditkan setiap bulan melalui MyKad kepada semua 700,000 penerima berdaftar di bawah eKasih-termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kami akan kongsikan senarai lengkap kedai MyKasih yang berdaftar dan terdapat di seluruh Malaysia pada tahun 2025 bagi memudahkan pengguna untuk menggunakan wang bantuan mereka.
Baca juga: LOGIN SARA 2025 : Semakan Status Penerima Bantuan Dalam IC (RM100 / RM50 Setiap bulan)
Maksud Kedai MyKasih?
Kedai MyKasih ialah rangkaian kedai runcit yang bekerjasama dengan MyKasih Foundation, sebuah organisasi kebajikan di Malaysia.
Program ini bertujuan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan golongan memerlukan dengan menyediakan bantuan makanan dan barangan keperluan harian.
Penerima bantuan boleh menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) untuk membeli barangan keperluan asas daripada kategori yang diluluskan di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara.
Senarai Kedai MyKasih 2025
Berikut adalah senarai lengkap kedai MyKasih yang terdapat di Seluruh Malaysia untuk tahun 2025 ini.
Sila layari laman web rasmi mykasih di pautan ini : Senarai Kedai MyKasih 2025
Masukkan Nama Bandar tempat tinggal anda atau negeri tempat anda bermastautin bagi memudahkan pencarian kedai terdekat untuk tujuan pembelian barangan menggunakan wang bantuan Mykasih 2025 ini.
Cara Membeli Barang Dari Kedai MyKasih
Cara Semak Senarai Kedai MyKasih 2025
Anda juga boleh membuat semakan kedai MyKasih yang berdekatan dengan rumah secara online dengan mudah.
Log masuk ke aplikasi MyKasih atau laman web https://www.mykasih.com.my/.
Masukkan bandar dan negeri, kemudian klik pada butang “Cari”.
Anda boleh semak senarai kedai MyKasih yang terdekat dengan lokasi anda.
Maklumat Lanjut
Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila rujuk berikut:
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : info@mykasih.com
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.