Bantuan MyKasih 2025 : Syarat, Cara Permohonan dan Kaedah Pembayaran

Bantuan MyKasih 2025 : Syarat, Cara Memohon dan kaedah Pembayaran

Kerajaan Malaysia terus berusaha untuk membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai bentuk bantuan kewangan. Salah satu inisiatif utama yang telah diperkenalkan ialah program MyKasih 2025, di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang bertujuan untuk meringankan beban kehidupan mereka yang berada dalam kategori miskin dan miskin tegar serta bujang.

Bantuan ini, yang berbentuk tunai tanpa wang fizikal, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad mereka.

Pengenalan Program MyKasih

MyKasih 2025 adalah sebuah inisiatif bantuan kewangan yang dilaksanakan melalui kerjasama antara kerajaan Malaysia dan MyKasih Foundation. Program ini bertujuan untuk menyediakan bantuan asas kepada individu dalam golongan miskin tegar yang berdaftar di bawah sistem eKasih, serta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bantuan yang disalurkan adalah berbentuk cashless (tanpa tunai), di mana wang akan dipindahkan ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barang-barang asas harian seperti makanan, barangan keperluan rumah, serta kelengkapan persekolahan bagi anak-anak.

Program ini memudahkan penerima bantuan untuk membeli barang keperluan di kedai-kedai yang berdaftar, menggunakan MyKad sebagai medium pembayaran. Seiring dengan pelaksanaan program ini, diharapkan lebih ramai individu yang memerlukan akan mendapat manfaat yang sewajarnya.

Syarat Kelayakan Penerima MyKasih 2025

Untuk layak menerima bantuan MyKasih 2025 ini, beberapa Kriteria perlu dipatuhi oleh pemohon iaitu;

  • Warganegara Malaysia
    • Pemohon mesti seorang Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
    • Pemohon mestilah telah lulus dalam permohonan bantuan STR 2025, yang merangkumi kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam eKasih
    • Pemohon perlu tersenarai dalam sistem eKasih sebagai penerima golongan Miskin Tegar atau Miskin. Untuk mendaftar dalam eKasih, pemohon perlu menghubungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berhampiran

Penerima bantuan ini akan mendapat manfaat secara automatik setelah permohonan STR 2025 diluluskan dan status miskin tegar di dalam eKasih disahkan.

Baca Juga :

Cara Memohon MyKasih 2025

Bagi mereka yang belum berdaftar dengan eKasih atau belum membuat permohonan STR, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk melengkapkan proses permohonan MyKasih.

Pendaftaran eKasih

  • Layari portal rasmi eKasih di https://ekasih.icu.gov.my.
  • Klik pada “Pendaftaran eKasih” dan ikuti arahan untuk mendaftar dengan membawa dokumen yang diperlukan.

Pendaftaran ini mesti dilakukan melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah berhampiran.

Permohonan STR 2025

Selepas mendaftar dengan eKasih, pemohon perlu mengisi permohonan STR di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my.

  • Pemohon perlu mengisi maklumat peribadi dengan lengkap, termasuk pasangan dan anak-anak.
  • Setelah permohonan dihantar, pemohon boleh mengesahkan maklumat dan mencetak salinan permohonan.

Jumlah Bantuan & Kaedah Pembayaran

Bantuan MyKasih 2025 akan diberikan mengikut kategori penerima seperti berikut:

Kategori PenerimaKadar Bantuan (RM)
(Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih)
Bermula Januari 2025
Kadar Bantuan (RM)
(Penerima STR 2025)
Bermula April 2025
Isi RumahRM 1,200
(RM100 Sebulan)
RM900
(RM100 Sebulan)
Warga Emas Tiada PasanganRM 1,200
(Sebulan RM100)
RM450
(Sebulan RM50)
BujangRM600
(Sebulan RM50)

Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat, dengan pembayaran pertama dijangka bermula pada Januari 2025 bagi penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar di dalam eKasih.

Artikel Trending : Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2025 (BAP 2025)

Sementara itu, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan mulai April 2025. Kaedah pembayaran dilakukan secara cashless, di mana bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima, dan mereka boleh menggunakannya untuk membeli barang-barang keperluan di kedai yang berdaftar.

Semak Status Permohonan

Status permohonan boleh disemak melalui portal rasmi eKasih atau STR. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan menerima bantuan MyKasih secara automatik.

Pemohon yang telah menghantar permohonan boleh membuat semakan status dan kelayakan bantuan melalui portal berikut:

Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my
Portal Rasmi STR (Sumbangan Tunai Rahmah) : https://bantuantunai.hasil.gov.my

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan MyKasih atau sebarang pertanyaan mengenai proses bantuan ini, anda boleh menghubungi pihak berwajib melalui saluran berikut:

Kementerian Kewangan Malaysia
Talian bantuan STR/SARA MOF : 03-8882 4565 / 4566

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment