STR 2025 : Permohonan Baru STR & Kemaskini

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2025) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40) untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2025, melalui Belanjawan Madani 2025, Kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi iaitu peruntukan sebanyak 13 Bilion berbanding 10 Bilion pada tahun lepas. Peruntukan ini adalah untuk pemberian kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) . Ini akan memberi manafaat bagi 5.4juta penerima.

Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam Akaun MYKAD penerima bermula April 2025. Penerima akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100/RM50 (Sebulan) selama 9 bulan.

Syarat Permohonan STR 2025

STR 2025 Kategori Isi Rumah

Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

Anak

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

STR 2025 Kategori Bujang

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

STR 2025 Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas

Tarikh Permohonan

Permohonan baharu STR Fasa 1 telah pun dibuka seawal 19 Oktober 2024 dan akan ditutup pada 30 November 2024 ini.

Pihak LHDN juga memberi peringatan kepada orang awam yang tidak pernah melakukan pengemaskinian selama 3 tahun berturut juga PERLU mengemas kini dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu sebelum 30 November 2025.

sumber : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Jumlah Bayaran STR 2025

Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Tarikh pengkreditan SARA akan bermula pada bulan April 2025.

Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran STR. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah :

Kurang daripada RM2,500 sebulan

Penerima STR Layak SARA (RM100/RM50 sebulan) untuk 9 bulan

5 Anak Atau LebihRM2,500(STR) + RM900 (9Bulan) = RM3,400
3 – 4 AnakRM2,000(STR) + RM900 (9Bulan) = RM2,900
1 – 2 AnakRM1,500(STR) + RM900 (9Bulan) = RM2,400
Tiada AnakRM1,000(STR) + RM900 (9Bulan) = RM1,900

Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000

5 Anak Atau LebihRM1,250(STR) + RM900 (9Bulan) = RM2,150
3 – 4 AnakRM1,000(STR) + RM900 (9Bulan) = RM1,900
1 – 2 AnakRM750(STR) + RM900 (9Bulan) = RM1,650
Tiada AnakRM500(STR) + RM900 (9Bulan) = RM1,400

Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)

RM600

Warga Emas Bujang

RM600 (STR)+ RM450 (SARA) = RM1,050.00

sumber : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf

Post Trending : Cara Mohon Lesen Memandu Percuma MyLesen

Permohonan STR 2025

Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod di dalam sistem STR 2024.

Permohonan baharu boleh dikemukakan melalui:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.

Permohonan baharu secara online boleh dilakukan seperti di bawah:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik Permohonan Baharu
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan mengisi nombor kad pengenalan, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan kasar bulanan, status perkahwinan, alamat rumah, maklumat bank dan emel pemohon serta ruangan yang bertanda (*) kerana wajib diisi – Jika status perkahwinan adalah kahwin, pemohon dikehendaki untuk mengisi Maklumat Pasangan dengan lengkap. – Jika pemohon mempunyai anak, lengkapkan bahagian Maklumat Anak
  4. Pastikan untuk klik Teruskan selepas mengisi semua maklumat dengan lengkap
  5. Isi kod captcha seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik Sahkan Captcha
  6. Tandakan pada kotak yang disediakan selepas Perakuan Permohon dipaparkan
  7. Klik pada butang Hantar untuk meneruskan permohonan
  8. Selepas permohonan berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Klik Cetak untuk membuat cetakan salinan permohonan

Kemaskini STR 2025

Pemohon perlu membuat kemaskini permohonan sekiranya permohonan tidak dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022, STR 2023 dan STR 2024.

Pemohon yang perlu mengemaskini permohonan adalah pemohon yang berstatus lulus untuk mengemaskini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:

  • No. Talifon Rumah
  • No. Talifon Bimbit
  • Maklumat Alamat Surat Menyurat
  • Alamat E-mel
  • No. Talifon Pasangan
  • Maklumat Akaun Bank Pemohon/ Pasangan
  • Maklumat Waris

Semakan Status STR 2025

  1. Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk
  3. Klik Semak
  4. Pastikan kata kunci keselamatan betul
  5. Masukkan kata laluan
  6. Setelah berjaya log masuk, Klik Semakan Pembayaran Fasa 1
  7. Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.

Maklumat Lanjut STR 2025

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan

  • Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
  • Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
  • Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya​

Soalan Lazim (FAQ)

Leave a Comment