Bantuan SARA RM300 2024 : Semak Status Anda Sekarang
Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Pelaksanaan bayaran Bantuan SARA RM300 secara one-off (sekaligus) adalah bermula pada 09 Disember 2024, Isnin diberikan secara tunai kepada penerima tiada akaun bank dan secara berperingkat dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.
TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN SARA (RM300)
Seperti yang telah dimaklumakan dalam Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), tarikh rasmi bayaran Bantuan SARA 2024 secara one-off (sekaligus) adalah bermula pada 09 Disember 2024 dan berperingkat akan dimasukkan ke dalam akaun bank.
Cara Bayaran
Kaedah Pembayaran Bantuan SARA (RM300) ini adalah melalui 2 kaedah iaitu;
- Secara Tunai di Kaunter BSN Mulai 09 Disember 2024.
- Dimasukkan ke dalam akaun bank penerima Bermula 9 Disember 2024.
Masa Bayaran Bantuan Sara RM300
Berikut merupakan masa bayaran Bantuan SARA yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
Nota : Bagaimanapun, pembayaran Bantuan SARA yang dimasukkan ke dalam akaun bank penerima akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja dari tarikh tersebut.
Baca Juga : KEMASKINI & PERMOHONAN BARU STR untuk layak bayaran Fasa 1 2025
Jumlah Bayaran Bantuan SARA
Jumlah pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
Isi Rumah:
- Berpasangan ada / tiada anak : RM300.
- Ibu / bapa tunggal ada anak : RM300.
- Bujang :
- Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
- Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.
Baca Juga : PDRM Tawar Diskaun Saman Sehingga 60% Akhir Tahun 2024
Cara Semak Status Bantuan SARA
Untuk mengetahui status serta tarikh bayaran Bantuan SARA yang akan diterima, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA : Semak Bantuan SARA 2024.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566
Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.