Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhajaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 yang menanti individu berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong SPA (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41) sebagaimana berikut:
Nama Majikan: | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia |
Penempatan: | Semenanjung, Sabah dan Sarawak |
Kelayakan: | Ijazah |
Taraf Jawatan: | Interim (3 Tahun Kontrak) |
Tarikh Tutup: | 13 November 2024 (Rabu) |
Senarai Jawatan Terkini Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Bahasa Melayu)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Bahasa Inggeris)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Sains)
Baca Juga :
Keperluan Bidang: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Bahasa Inggeris)
Keperluan Bidang : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Sains)
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong SPA (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41) yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Mohon Jawatan Kosong SPA Malaysia
- Permohonan jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 diatas hendaklah melalui portal rasmi SPA Malaysia di https://www.spa.gov.my/ atau pautan Mohon SPA yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.