Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di PUSAKA sebagaimana berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA)
 - Penempatan : Negeri Sarawak
 - Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah
 - Tarikh Tutup Permohonan : 24 Februari 2023 (Jumaat)
 
JAWATAN
- Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
 - Pegawai Tadbir Gred N41
 - Jurutera Gred J41
 - Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
 - Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
 - Penolong Juruaudit Gred W29
 - Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
 - Pemandu Kenderaan Gred H11
 
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
 - Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
 
Cara Memohon
- Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
 - Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
 - Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
 - Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
 - Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
 
