Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di DBKL sebagaimana berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
 - Penempatan : Kuala Lumpur
 - Kelayakan : SPM/Diploma/Ijazah
 - Tarikh Tutup Permohonan : 28 November 2022 (Isnin)
 
JAWATAN
- Arkitek Gred J41 (Kontrak/Tetap)
 - Jurutera (Mekanikal) Gred J41 (Kontrak/Tetap)
 - Artis Budaya Gred B31 (Kontrak)
 - Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 (Kontrak/Tetap)
 - Penolong Jurutera (Elektronik) Gred JA29 (Kontrak/Tetap)
 - Penolong Juruukur Gred JA29 (Kontrak/Tetap)
 - Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 (Kontrak/Tetap)
 - Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 (Kontrak/Tetap)
 - Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (Kontrak/Tetap)
 - Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 (Kontrak/Tetap)
 
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
 - Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
 
Cara Memohon
- Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
 - Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
 - Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
 - Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
 - Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
 
