Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Tenaga Nasional Berhad kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Polis Bantuan TNB 2025 Terkini.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Jawatan Kosong Polis Bantuan TNB 2025 sebagaimana berikut:
| Nama Majikan: | Tenaga Nasional Berhad (TNB) |
| Penempatan: | Kuala Lumpur |
| Kelayakan: | SPM/ Diploma |
| Taraf Jawatan: | Tetap |
| Tarikh Tutup: | 23 November 2025 (Ahad) |
Jawatan Ditawarkan
- Pembantu Keselamatan (Konstable Polis Bantuan)
Jawatan Popular : Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Syarat Kelayakan Polis Bantuan TNB
- Warganegara Malaysia.
- Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak – Anak Syarikat TNB.
- Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan kelayakan minima lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah. ATAU
- Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM), mempunyai Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya gred C), mempunyai Purata Nilai Kumulatif Akademik (sekurang-kurangnya 2.00), Purata Nilai Kumulatif Vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) Dan SKM Tahap 2.
- Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah bagi jawatan Polis Bantuan TNB.
Syarat Asas Permohonan
- Ketinggian minima 168cm tanpa sepatu.
- Berat badan sekurang kurangnya 54kg.
- Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
- Ukuran dada biasa 81cm ke 86cm semasa menarik nafas.
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
- Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
- Memiliki lesen memandu kelas B2 dan D yang sah dan tidak disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu kelebihan.
Tugas & Tanggungjawab Polis Bantuan TNB
- Menguatkuasakan undang-undang / arahan kepolisan serta peraturan / prosidur TNB bagi penempatan yang dipertanggungjawabkan dengan melaksanakan arahan-arahan serta garispanduan yang diberikan bagi tujuan pemantauan keselamatan terhadap instalasi dan premis TNB yang meliputi juga Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298), Arahan Keselamatan dan Arahan Tetap Sasaran Penting.
- Pematuhan undang-undang serta peraturan kepolisan (Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602), disiplin dan integriti yang tinggi.
- Melihat dan memeriksa kejanggalan dan tahap risiko tempat dikawal dan tidak dikawal.
- Memberi khidmat nasihat bercorak teknikal kepada Bahagian/Jabatan/Unit di dalam kawasan yang dipertanggungjawabkan berkaitan hal-ehwal Keselamatan.
- Melaksanakan jadual tugasan harian anggota kerja Polis Bantuan yang ditetapkan .
- Membuat pemeriksaan berkesan di laluan-laluan rondaan yang dan mematuhi jadual kawasan rondaan yang ditetapkan.
- Memberi perkhidmatan dan layanan yang berkualiti dan selesa kepada pengguna/pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan TNB.
- Menjawab pertanyaan dan panggilan telefon dengan sopan serta menyampaikan maklumat yang tepat.
- Menjaga kebersihan kenderaan serta menjaga peralatan – peralatan dalam keadaan baik yang dibekalkan oleh pihak TNB.
- Mematuhi dan melaksanakan arahan – arahan lain DARI MASA KE SEMASA yang tidak dinyatakan didalam perintah ini yang diarahkan oleh pegawai atasan TNB.
- Membuat laporan (station diari/sitrep) dan majukan kepada penyelia pada setiap giliran.
Cara Mohon Jawatan Kosong Polis Bantuan TNB
- Permohonan jawatan kosong Polis Bantuan TNB 2025 diatas hendaklah melalui laman web rasmi TNB di https://www.tnb.com.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
