Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam SPA 2025

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan pelbagai jawatan kosong yang menanti individu yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam 2025 Terkini.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam 2025 sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Penempatan:Pelbagai Negeri
Kelayakan:Diploma/ STAM/ Matrikulasi
Taraf Jawatan:Kontrak (Interim)
Tarikh Tutup:20 November 2025 (Khamis)

Senarai Jawatan Ditawarkan

  1. Penolong Penguasa Kastam Gred WK5

Jawatan Popular : Jawatan Kosong Juruteknik TNB 2025!

Syarat Lantikan Penolong Penguasa Kastam

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam 2025 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Syarat FizikalLelakiWanita
Tinggi1.57m (Minima)1.53m (Minima)
Berat Badan48 Kg46 Kg
Ukuran dada
(Semasa Menarik Nafas)
79sm – 84 sm

Diskripsi Tugas Penolong Pegawai Kastam

  • Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
  • Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  • Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  • Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
  • Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
  • Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Cara Mohon Penolong Penguasa Kastam

  • Permohonan Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam 2025 hendaklah melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di https://www.spa.gov.my atau di pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk memohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment