Jawatan Kosong Guru Sementara MySTEP 2025

Info Jawatan Kosong

Klik Sini

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Pejabat Pendidikan Daerah dari pelbagai Negeri kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan Jawatan Kosong Guru Sementara MySTEP 2025 yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Guru Sementara MySTEP 2025.

Maklumat Permohonan

Nama Jabatan:Pejabat Pendidikan Daerah (Mengikut Negeri yang dipohon)
Penempatan:Pelbagai Negeri
Kelayakan:Ijazah
Taraf Jawatan:Skim Personel MySTEP
Tarikh Tutup:Terbuka

Senarai Jawatan Kosong Guru Sementara MySTEP 2025

  1. Guru Ganti Bahasa Inggeris – PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  2. Guru Ganti Pendidikan Islam – PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  3. Guru Ganti Bahasa Inggeris – PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  4. Guru Ganti (Pelbagai Subjek) – PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  5. Guru Ganti Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris – PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  6. Guru Ganti Sains – PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  7. Guru Ganti Bahasa Arab – PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  8. Guru Ganti Biologi dan Sains – PPD Negeri Sembilan
  9. Guru Ganti Sains – Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
  10. Guru Ganti (Pelbagai Subjek) – PPD Bau, Sarawak
  11. Guru Ganti SK dan SMK – PPD Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor
  12. Guru Ganti – PPD Lipis, Pahang
  13. Guru Ganti SK & SMK – PPD Jerantut, Pahang
  14. Guru Ganti – Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
  15. Guru Ganti Bahasa Mandarin – PPD Dungun, Terengganu
  16. Guru Ganti – PPD Baram, Sarawak
  17. Guru Ganti – PPD Keramat, Kuala Lumpur
  18. Guru Ganti – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
  19. Guru Ganti Pendidikan Islam – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
  20. Guru Ganti – PPD Muallim, Perak.
  21. Guru Ganti Sejarah dan Bahasa Melayu – PPD Rembau, Negeri Sembilan

Baca Juga:

Tugas Guru Sementara MySTEP 2025

  • Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap;
  • Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan;
  • Terlibat dengan aktiviti kokurikulum seperti guru yang lain;
  • Menjalankan arahan ketua jabatan dari masa ke semasa.

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Guru Ganti MySTEP 2025 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Syarat Permohonan Jawatan Kosong Guru Sementara MySTEP 2025

Syarat Perlantikan Guru Ganti adalah seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan
  • Memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu diperingkat SPM/SVM atau yang setaraf
  • Mendapat kepujian dalam empat (4) matapelajaran lain diperingkat SPM serta
    • Kepujian diperingkat SPM bagi matapelajaran yang perlu diajar
    • Bagi syarat lantikan guru agama, calon hendaklah memiliki kepujian Bahasa Arab diperingkat SPM
    • Syarat lantikan guru bahasa cina/tamil, calon hendaklah memiliki kepujian Cina/Tamil diperingkat SPM

Skop Jawatan Kosong Guru Sementara MySTEP 2025

Guru Ganti dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2025.

Kadar Upah

Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.

KelayakanKadar Upah
Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan
ke atas
RM2,000 – RM2,499
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM)
RM1,700 – RM1,999

Kemudahan Yang Diberikan

Cuti Rehat12 hari setahun*
Cuti Sakit14 hari setahun*
Perlindungan SosialCaruman KWSP & PERKESO
*Dikira secara purata (pro-rate) berdasarkan tempoh kontrak

Cara Mohon Jawatan Kosong Guru Sementara MySTEP 2025

  • Permohonan Jawatan Kosong Guru Sementara MySTEP 2025 diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Mohon Jawatan

Tips Temuduga Guru Sementara MySTEP 2025

Sila bawa dokumen berikut ketika Sesi Temuduga Dijalankan :
A. Sijil akademik ( SPM/STPM/Diploma/Ijazah)
B. Kad pengenalan
C. Transkrip peperiksaan bagi graduan yang belum konvokesyen
D. Sijil ikhtisas atau surat lantikan personel mystep guru ganti ( jika ada)

Semua salinan perlu disahkan oleh ketua kampung/pegawai kerajaan kumpulan profesional)
Peringatan : sijil yang asal juga perlu dibawa ketika temuduga dijalankan

Skim Jawatan Kosong Guru Sementara MySTEP 2025 ini diwujudkan adalah untuk menbantu mengantikan kekosongan oleh Guru disekolah sama ada guru tersebut mengambil Cuti Bersalin, Cuti Tanpa Gaji dan sebagainya. Ini adalah satu peluang kepada lepasan Pendidikan untuk mengambil pengalaman mengajar di pelbagai jenis sekolah. Jangan Lepaskan Peluang ini dan Mohon Sekarang!

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment