Hebahan Rasmi Jawatan Kosong SPP – Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 & DH12 Tahun 2025, Gaji Lumayan & Peluang Kerjaya Eksklusif!

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH12 dan DH9 (Semenanjung) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong SPP – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi DH12 & DH9 bagi tahun 2025.

Maklumat Permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong SPP :

Nama Kementerian/JabatanSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
PenempatanKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
KelayakanIjazah Sarjana Muda
Taraf Jawatan
Tarikh Tutup15 Ogos 2025

Jawatan Ditawarkan SPP – Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Gred JawatanBidangIjazah Yang Diperlukan
DH12Bidang Ukur BahanIjazah Sarjana Muda Juruukur Bahan (Kepujian)

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ukur Bahan

Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan
DH9Bidang KimiaIjazah Sarjana Muda Sains Kimia

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kimia

Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kimia) dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian(Kimia)

Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) (Kimia)
DH9Bidang FizikIjazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Fizik)

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian(Fizik)

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Fizik) dengan Kepujian
DH9Bidang Media BaharuSarjana Muda Komunikasi dan Media Baharu

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian)

Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan Kepujian

Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian)

Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Media Baharu dengan Kepujian
DH9Bidang Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan)Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan)

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan) dengan Kepujian
DH9Bidang InsuransIjazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans dengan Kepujian

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Insurans

Ijazah Sarjana Muda Insurans

Sarjana Muda Perniagaan Insurans (Kepujian)
DH9Bidang PemasaranSarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dengan Kepujian

Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

Baca Juga:

Syarat Perlantikan GURU SPP DG9

Syarat-syarat lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (GURU SPP DG9) secara lantikan Kontrak (Interim):

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
  3. Memiliki kelayakan seperti berikut;
    • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred  C)  dalam  subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Pengiktirafan Kelayakan

Cara Memohon Jawatan Kosong SPP

  • Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui   Sistem   Pengambilan   Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) atau pautan Mohon Jawatan Kosong SPP 2025 yang telah disediakan dibawah.
  • Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  • Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
  • Pemohon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 16 Ogos 2025 hingga 15 September 2025.

Mohon Jawatan Kosong SPP

Tips Penyediaan Dokumen

  • Pemohon hanya dibenarkan memuatnaik sijil dengan format png,jpg,jpeg @ gif dan saiz tidak melebihi 300kb. Mesej ralat akan dipaparkan sekiranya kriteria muat naik tidak dipenuhi
  • Pemohon perlu mengisi semua medan mandatori yang ditandakan “*
  • Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) hendaklah dibawa semasa temuduga. (Jika Berkenaan)
  • Sijil akademik adalah wajib dimuat naik.
  • Sijil profesional adalah wajib dimuat naik sekiranya pemohon memasukkan maklumat di bahagian ini.
  • Bagi Sukan dan Persatuan yang SAMA, pemohon perlu memasukkan Sukan dan Persatuan dengan peringkat TERTINGGI sahaja.
  • Sila pastikan pilihan Temu Duga adalah terhampir dengan tempat tinggal semasa. Sebarang perubahan/pertukaran Pusat Temu Duga tidak akan dilayan.
  • Kecuaian pemohon dengan tidak klik butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.
  • semasa temuduga, anda hendaklah membawa bersama pengiktirafan MQA yang telah diprint untuk semakan.

FAQ (Soalan Lazim)

1. Siapa boleh memohon jawatan DH9 ini?

Semua warganegara Malaysia yang mempunyai kelulusan akademik dalam bidang berkaitan dan memenuhi syarat SPP.

2. Berapa gaji permulaan DH9?

Gaji minimum bermula sekitar RM2,470.00 (Tiada ikhtisas pendidikan) dan boleh meningkat mengikut pengalaman dan kelulusan.

3. Adakah perlu pengalaman mengajar?

Tidak wajib, tetapi calon yang ada pengalaman akan diberi keutamaan.

4. Di mana saya akan ditempatkan?

Penempatan di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia, tertakluk kepada kekosongan.

5. Adakah permohonan secara manual dibenarkan?

Tidak. Semua permohonan mesti dilakukan melalui portal rasmi SPP.

Iklan Jawatan Kosong SPP

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan/ swasta yang terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi  yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal rasmi seperti yang telah kami beritahu di bahagian cara mohon. Kami tidak mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon di laman web ini. 

Leave a Comment