Ingin kerjaya yang menjanjikan dalam bidang pendidikan? Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kini membuka permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara kontrak bagi tahun 2025! Peluang terbuka untuk semua calon yang berkelayakan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak — mohon segera sebelum kita kehabisan peluang ini!
Berikut dikongsikan maklumat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Gred DG9 bagi tahun 2025.

Maklumat Permohonan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Gred DG9 :
Nama Kementerian/Jabatan | Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) |
Penempatan | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) |
Kelayakan | Ijazah Sarjana Muda (Bukan Pendidikan) |
Taraf Jawatan | Contract Of Service (CoS) |
Tarikh Tutup | 22 Ogos 2025 (Jumaat) |
Keutamaan Bidang
Bidang | Ijazah yang diperlukan |
Bahasa Inggeris | – Sarjana Muda Sastera (Pengajian Bahasa Inggeris) – Sarjana Muda Sastera Dalam Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Antarabangsa – Sarjana Muda Sastera Dalam Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Global – Sarjana Muda Sastera Inggeris – Calon pelbagai bidang yang mencapai tahap penguasaan Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya Tahap C1 mengikut Common European Framework of Reference (CEFR) |
Reka Bentuk Dan Teknologi | – Sarjana Muda Sains (Matematik) – Sarjana Muda Sains (Teknologi Maklumat) – Sarjana Muda Teknologi Maklumat – Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekatronik – Sarjana Muda Sains Matematik Pengkomputeran |
Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan | – Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan – Sarjana Muda Sains Pengurusan Alam Sekitar – Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian Alam Sekitar) |
Pendidikan Khas | – Sarjana Muda Sains Kesihatan Dalam Sains Senaman – Sarjana Muda Sains Pemakanan – Sarjana Muda Sains Dietetik – Sarjana Muda Sains Pertuturan – Sarjana Muda Terapi Cara Kerja |
Bahasa Cina / Bahasa Mandarin | – Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina – Sarjana Muda Sastera Kewartawanan Media Cina – Sarjana Muda Bahasa Dan Linguistik Cina – Sarjana Muda Sastera Pengajian Tionghua – Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina |
Muzik | – Sarjana Muda Sastera Dalam Muzik – Sarjana Muda Sastera (Seni Muzik) – Sarjana Muda Seni Muzik – Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi – Sarjana Muda Seni Muzik Persembahan |
Tahfiz / Ulul Albab | – Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Dan Qira’at – Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat |
Seni Kecantikan | Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Spa |
Grafik Komunikasi Teknikal | – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Dalam Elektronik – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Dalam Telekomunikasi – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekatronik |
Pendawaian Elektrik | Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik |
Bahasa Iban | Calon Pelbagai Bidang Yang Boleh Berbahasa Iban |
Bahasa Jepun | Sarjana Muda Bahasa Dan Linguistik Jepun |
Menservis Motosikal | – Sarjana Muda Teknologi Automotif – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Automasi Dan Robotik) – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Sistem Pembuatan |
Pembuatan Perabot | – Sarjana Muda Sains Teknologi Perabot – Ijazah Sarjana Muda Sistem Pembuatan Kejuruteraan – Sarjana Muda Kejuruteraan Awam |
Dekorasi Dalaman | – Ijazah Sarjana Muda Seni Bina – Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina – Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Dalaman |
Bahasa Jerman | – Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Jerman – Sarjana Muda Bahasa Dan Linguistik Jerman – Sarjana Muda Pengajian Jerman |
Teknologi Automotif | – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Automotif (Penyelenggaraan) – Sarjana Muda Teknologi Perniagaan Dalam Pengurusan Automotif |
Bahasa Korea | – Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian Dalam Bidang Bahasa Korea – Sarjana Muda Sastera Dalam Bahasa Dan Kesusasteraan Korea – Sarjana Muda Dalam Bahasa Dan Kesusasteraan Korea |
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah | – Ijazah Sarjana Muda Al-Syariah – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam – Ijazah Sarjana Muda Syariah – Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Muamalat – Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pentadbiran Kehakiman |
Bahasa Perancis | – Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Perancis – Sarjana Muda Bahasa Dan Linguistik Perancis |
Bahasa Semai | Calon Pelbagai Bidang Yang Boleh Berbahasa Semai |
Usuluddin | – Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dengan Pengurusan – Ijazah Sarjana Muda Sains Islam (Kepujian) Dalam Da’wah Dan Usuluddin – Ijazah Sarjana Muda Sains Islam(Kepujian) Dalam Fiqh Dan Usul Fiqh |
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Pensyarah IPTA Gred DH9 & DH12 bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Dibuka!
- Jawatan Kosong Pembantu Pengurusan Murid KPM dibuka! Mohon Sekarang Sebelum 19 Ogos 2025.
Syarat Perlantikan Pegawai Pendidikan Gred DG9
Syarat-syarat lantikan Pegawai Pendidikan Gred DG9 ( secara lantikan contract of service ialah;
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
- Memiliki kelayakan seperti berikut;
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Bagi opsyen Bahasa Inggeris, keutamaan diberikan kepada calon yang mencapai tahap penguasaan sekurang-kurangnya Tahap C1 mengikut Common European Framework of Reference (CEFR). Senarai ujian yang diiktiraf setara dengan CEFR adalah seperti di Lampiran

Calon yang memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM akan dipertimbang untuk ditemu duga bagi opsyen mata pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), kecuali opsyen Bahasa Inggeris;
Calon yang memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM akan dipertimbang untuk ditemu duga bagi opsyen mata pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), kecuali opsyen Bahasa Inggeris;
Bagi opsyen Tahfiz, calon disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pengecualian syarat ini diberikan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat; dan
Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai dan Bahasa Iban, keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelulusan dalam bidang bahasa tersebut. Walau bagaimanapun, calon yang merupakan penutur jati (native speaker) atau memiliki tahap penguasaan yang baik dalam bahasa berkenaan juga boleh dipertimbangkan.
Calon Yang Tidak Layak Memohon Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Gred DG9
Individu yang tersenarai dalam kategori berikut tidak layak memohon jawatan kosong Pegawai Pendidikan Gred DG9 ini:
- Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP);
- Graduan Pendidikan Tajaan KPM;
- Guru Interim;
- Guru Kontrak (Lantikan SPP);
- Pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; dan
- Seorang bankrap dan belum dilepaskan.
Cara dapatkan Pengiktirafan Kelayakan MQA
- Calon bertanggungjawab untuk menyemak surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Bagi kelulusan dari institusi pengajian tinggi luar negara, calon perlu mendapatkan surat pengiktirafan secara individu daripada MQA.
- Dokumen pengiktirafan MQA hendaklah dikemukakan semasa menghadiri temu duga. Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut:
Cara Memohon Pegawai Pendidikan Gred DG9
- Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) atau pautan Mohon Jawatan Guru SPP 2025 yang telah disediakan dibawah.
- Calon diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
- Hanya permohonan yang diterima atau dikemas kini dalam tempoh 8 Ogos 2025 hingga 22 Ogos 2025 sahaja akan dipertimbang untuk saringan panggilan temu duga.
- Calon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan bermula dari 23 Ogos 2025 hingga 23 September 2025 bagi memberi laluan kepada proses saringan.
- Hanya calon yang layak sahaja akan dipertimbangkan untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan seterusnya dipanggil bagi sesi temu duga.
- Calon yang melepasi saringan awal akan diwajibkan untuk menduduki UKCG secara dalam talian sebelum ditemu duga. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada calon yang layak selepas tarikh tutup permohonan.
- Penetapan opsyen temu duga adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan SPP, dan penetapan tersebut adalah muktamad.
- Calon-calon yang berjaya dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (COS) DIWAJIBKAN mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak yang akan diselaraskan oleh KPM.
Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Gred DG9
Iklan Pengambilan Pegawai Pendidikan Gred DG9 DISINI
FAQ PEGAWAI PENDIDIKAN GRED DG9
- Apakah itu Gred DG9?
Jawatan profesional dalam bidang pendidikan, sesuai untuk graduan dengan Diploma Pendidikan atau Ijazah Pendidikan/Pascasiswazah yang diiktiraf.
SPA Malaysia - Siapa yang layak memohon?
- Warganegara Malaysia, Berumur tidak kurang daripada 18 tahun, dan mempunyai kualifikasi Ijazah Sarjana Muda + Diploma Pendidikan/Relevan atau Ijazah Pendidikan Kepujian → gaji bermula RM2,360 hingga RM3,460.
- Dimana Lokasi penempatan?
- Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
- Tarikh tutup permohonan?
- Dibuka sehingga 22 Ogos 2025 sahaja. Permohonan lebih daripada tarikh tersebut adalah tidak diterima
- Bagaimana cara mohon?
- Permohonan dalam talian melalui pautan rasmi SPP; hanya permohonan sah diterima.
🔗 CLICK SEKARANG untuk mohon Pegawai DG9 2025 – peluang terhad, permohonan secara online sahaja!
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan/ swasta yang terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal rasmi seperti yang telah kami beritahu di bahagian cara mohon. Kami tidak mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon di laman web ini.