SENARAI KEDAI SARA 2025: SEMAK SENARAI KEDAI TERIMA PEMBELIAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Senarai Kedai Sara Berdaftar Seluruh Negeri Untuk Pembelian Menggunakan Bantuan dalam MyKad (MyKasih/SARA) Tahun 2025.

Bermula Januari yang lepas, Bantuan SARA telah dikreditkan (kepada penerima yang berdaftar dengan E-Kasih) manakala Penerima STR akan mula menerima manafaat ini bermula April nanti. Bantuan ini akan disalurkan setiap bulan melalui MyKad kepada semua 700,000 penerima berdaftar di bawah eKasih dan STR termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kami akan kongsikan senarai lengkap kedai SARA Seluruh Negeri yang berdaftar dan terdapat di seluruh Malaysia pada tahun 2025 bagi memudahkan pengguna untuk menggunakan wang bantuan mereka.

Baca juga: CARA GUNA WANG BANTUAN SARA DALAM MYKAD BAGI PENGGUNA BARU

Untuk info lebih lanjut mengenai senarai kedai SARA seluruh negeri akan kami kongsikan dibawah.

MAKSUD SENARAI KEDAI SARA 2025

Senarai Kedai SARA Seluruh Negeri ialah rangkaian kedai runcit yang bekerjasama dengan MyKasih Foundation, sebuah organisasi kebajikan di Malaysia yang telah ditempatkan di seluruh negeri di malaysia bagi membolehkan orang ramai untuk melakukan pembelian dengan kedai yang terdekat di tempat tinggal masing-masing.

Program ini bertujuan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan golongan memerlukan dengan menyediakan bantuan makanan dan barangan keperluan harian.

Penerima bantuan boleh menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) untuk membeli barangan keperluan asas daripada kategori yang diluluskan di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara.

CARA SEMAK SENARAI KEDAI SARA 2025

Berikut adalah senarai lengkap kedai SARA yang terdapat di Seluruh Malaysia untuk tahun 2025 ini.

Sila layari laman web rasmi mykasih di pautan ini : Senarai Kedai MyKasih 2025

Masukkan Nama Bandar tempat tinggal anda atau negeri tempat anda bermastautin bagi memudahkan pencarian kedai terdekat untuk tujuan pembelian barangan menggunakan wang bantuan Mykasih 2025 ini.

Cara Membeli Barang Dari Kedai SARA 2025

Berikut merupakan langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk pembelian barang-barang rumah dengan menggunakan wang bantuan SARA.

  1. Semak Senarai kedai yang berdekatan dengan anda di pautan ini: https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pergi Ke Kedai pilihan anda.
  3. Perhatikan Logo ini di rak barang-barang di dalam kedai. Jika ada, ini bermakna barang tersebut boleh dibeli menggunakan wang Bantuan SARA.
  4. Pilih Barang Keperluan yang anda perlukan. (Yang ada Tag Sumbangan Asas Rahmah).
  5. Di Kaunter Pembayaran, Tunjukkan MYKAD anda pada juruwang.
  6. Juruwang akan menyemak Status penerima SARA.
  7. Anda perlu menukar nombor pin sementara ke no pin (6 digit) yang baru.
  8. Juruwang akan mengimbas barang yang telah anda pilih.
  9. Kemukakan MYKAD anda apabila juruwang telah selesai mengimbas barang.
  10. Masukkan No Pin baru yang telah anda tukarkan tadi.
  11. Selesai.

Nota : Bagi Setiap Pembelian yang tidak sampai kepada jumlah peruntukan, baki wang di dalam MYKAD anda akan dibawa ke bulan seterusnya.

logo sumbangan asas rahmah akan dipaparkan di rak barang keperluan.

    Cara Semak Senarai Kedai SARA 2025

    Anda juga boleh membuat semakan kedai SARA yang berdekatan dengan rumah secara online dengan mudah.

    1. Log masuk ke aplikasi MyKasih atau laman web https://www.mykasih.com.my/.
    2. Masukkan bandar dan negeri,
    3. kemudian klik pada butang “Cari”.
    4. Anda boleh semak senarai kedai SARA yang terdekat dengan lokasi anda.

    Maklumat Lanjut

    Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

    Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
    Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
    Alamat E-mel : [email protected]

    Penafian

    Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

    Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

    Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/

    Leave a Comment