PPC 2025: Panduan Permohonan Program Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PPC) Tahun 2025.

Panduan Lengkap Permohonan Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara Bagi Tahun 2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Pelajar Cemerlang Ke luar Negara bagi Tahun 2025.

bagaimanakah cara memohon program PPC 2025 ini? Ikuti panduan lengkap permohonan PPC Laluan Perdana dibawah.

Post Trending : Lesen Motor Percuma 2025, MyLesen B2 JPJ (Download Borang)

MAKSUD PROGRAM PPC 2025

Program ini dikhususkan untuk lepasan SPM tahun 2024 bagi mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama empat tahun. Setelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru selama satu tahun.

Syarat dan Kelayakan PPC 2025

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lepasan SPM tahun 2024.

Bidang Pengkhususan Yang ditawarkan

SYARAT KHUSUS MENGIKUT BIDANG YANG DIMOHON

Berikut merupakan Syarat Khas bagi yang ingin memohon program Program Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara bagi tahun 2025 ini mengikut bidang masing-masing.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PPC 2025

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana-mana institusi pendidikan dalam dan luar negara.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON PROGRAM PELAJAR CEMERLANG

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM disini : https://pismp.moe.gov.my mulai 24 Februari 2025.
  2. Lepasan SPM Tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan SPM diumumkan. Sila rujuk tarikh-tarikh penting yang disediakan.
  3. Lepasan STPM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Semester 3 diumumkan.
  4. Lepasan STAM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan akhir pengajian diumumkan.
  5. Lepasan Program Matrikulasi sesi 2024/2025 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) diumumkan.
  6. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian
    Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan sebelum membuat permohonan.
  7. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.
  8. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutuppermohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan permohonan.
  9. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak

Mohon Program PISMP Laluan Perdana

TARIKH PENTING PPC 2025

Tarikh Penting PISMP 2025

MAKLUMAT TAMBAHAN

  1. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting pengambilan PISMP ambilan tahun 2025. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan
    semasa.
  2. Calon mestilah menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temu duga dan UKF.
  3. IPGM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.
  4. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan termaterma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM serta pindaan-pindaan yang
    dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Maklumat permohonan ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6733/ 6760/ 6723/ 6720/6768/ 6693
(Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang)

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://pismp.moe.gov.my/iklan_2025/04_PANDUAN%20PERMOHONAN%20PPC%202025.PDF

Leave a Comment