MYKASIH SARA 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)

MYKASIH SARA 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)

Bermula tahun 2025, individu bukan kategori eKasih juga layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan, yang dikreditkan melalui MyKad penerima untuk pembelian berangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan status penerima mykasih sara 2025 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYKASIH DALAM IC: SEMAK STATUS PENGKREDITAN BULANAN RM 100 & RM50

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; ATAU
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) DAN Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH SARA 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL SEMAKAN PAUTAN

SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH SARA 2025

Semakan status penerima My Kasih boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Semakan status penerima My Kasih juga boleh dilakukan melalui Portal MySTR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Semakan Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran
  9. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  10. Selesai.

JADUAL PENYALURAN MYKASIH SARA 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan STR SAHAJA(BUKAN berstatus eKasih) Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 9 Bulan)

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih:


KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)JANUARI – MACAMAUN AGIHAN BULANAN (RM)APRIL – DISEMBER JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100 sebulanRM 200 sebulanRM 2,100
Warga emas tiada pasangan(Setiap Individu) RM100 sebulanRM 150 sebulanRM 1,650
Bujang (Setiap Individu)RM50 sebulanRM 50 sebulan RM 600

Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)

KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN eKasih) AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MACAMAUN AGIHAN BULANAN(RM) APRIL – DISEMBERJUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)

Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100 sebulanRM 900
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu)RM 50 sebulanRM 450
Bujang (Setiap Individu)

KAEDAH PENYALURAN MYKASIH SARA 2025

Penyaluran bantuan MyKasih adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima yang berdaftar.

Penerima yang LULUS bantuan MyKasih boleh menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih seperti barang dapur, makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di Pasaraya terpilih di Seluruh Malaysia tanpa menggunakan wang fizikal.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN ASAS MYKASIH SARA

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
  2. Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
  4. Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  5. Imbas Kod Barangan
  6. Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  7. Bayar Menggunakan MyKad
  8. Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  9. Simpan Resit Untuk Semakan
  10. Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Post Trending: Bantuan MyKasih 2025 : Cara Guna Bantuan MyKasih untuk pengguna baru.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment