Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Secara One Off
Tarikh Bantuan SARA atau rasminya dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah akan disalurkan secara one-off (sekaligus) dengan jumlah sebanyak RM300 kepada penerima yang berstatus BUKAN Miskin dan Miskin Tegar bermula pada tarikh 09 Disember 2024 (Isnin).
Bantuan Sara secara One-Off ini meliputi keluarga dari golongan B40&M40 serta golongan bujang dan warga emas yang tiada pasangan.
Cara Semak bantuan sara one off RM300 & RM150?
Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
Kaedah Pembayaran Bantuan SARA One OFF
Kaedah penyaluran Bantuan SARA one-off (sekaligus) adalah bergantung kepada penerima iaitu :
- Penerima mempunyai akaun bank yang aktif :
Akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara one-off,
- Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ :
Akan diberikan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional secara one-off.
Jumlah Penerima dan Implikasi Kewangan
Berikut merupakan jumlah penerima berserta dengan kadar implikasi Bantuan SARA one-off :
Post Trending : Kemaskini & Permohonan Baru untuk Layak STR 2025 Fasa 1
Kelayakan Penerima Bantuan Sara One Off
Antara kelayakan penerima Bantuan SARA one-off bernilai RM300 adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima STR 2024 kategori Isi rumah B40 dan M40;
- Tiada dalam rekod pengkalan data e-Kasih.
Cara Semak Bantuan Sara One Off 2024
Ikuti cara semak / semakan status penerima Bantuan SARA one off bernilai RM300 seperti di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : Sumbangan Asas Rahmah
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit (Nombor Kad Pengenalan) tanpa sengkang (-).
- Klik butang (Log Masuk).
- Seterusnya, klik (Semak).
- Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik (Ya).
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang (Log Masuk).
- Kemudian, klik pada bahagian (Semakan Permohonan).
- Status bayaran (Sumbangan Asas Rahmah) akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
Rujukan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah;
PDF : Siaran Media
Talian Bantuan SARA : 1-800-88-2747 (Operasi 9.00am- 5.00pm)
Hotline STR MoF : 03-8882 4565/ 03 88824566
Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian
Kewangan Malaysia (MoF), Presint 2, 62592, Putrajaya,
Malaysia.