Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Pejabat Pendidikan Daerah dari pelbagai Negeri kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan jawatan kosong Guru Ganti MySTEP 2026 yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP 2026.
Maklumat Permohonan
| Nama Jabatan: | Pejabat Pendidikan Daerah (Mengikut Negeri yang dipohon) |
| Penempatan: | Mengikut PPD yang dimohon |
| Kelayakan: | Diploma/ Ijazah |
| Taraf Jawatan: | Skim Personel MySTEP |
| Tarikh Tutup: | Terbuka |
Senarai Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP 2026 Mengikut Negeri
Negeri Kelantan
- Guru Ganti MySTEP PPD Pasir Putih, Kelantan – Ijazah
- Guru Ganti MySTEP Sekolah Menengah Sains Gua Musang PPD Gua Musang – Ijazah
Negeri Melaka
- Guru Ganti MySTEP PPD Melaka Tengah – SPM
- Guru Ganti MySTEP PPD Alor Gajah, Melaka – Ijazah
Negeri Pulau Pinang
- Guru Ganti MySTEP (SK) PPD Barat Daya, Pulau Pinang – Diploma & Ijazah
- Guru Ganti MySTEP (SMK) PPD Barat Daya, Pulau Pinang – Ijazah
- Guru Ganti MySTEP PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang – Ijazah
Negeri Sabah
- Guru Ganti MySTEP Jabatan Pendidikan WP Labuan – Ijazah
- Guru Ganti MySTEP SMK Rancha-Rancha, JPN WP Labuan – Ijazah
- Guru Ganti MySTEP Bahasa Melayu, JPN WP Labuan – Ijazah
- Guru Ganti MySTEP SK Bukit Kallam, JPN WP Labuan – Ijazah
- Guru Ganti MySTEP PPD Keningau Sabah – Diploma/ Ijazah
Negeri Kedah
- Guru Ganti MySTEP (TVET) PPD Kulim Bandar Baharu – Diploma
- Guru Ganti MySTEP (Sains & Matematik) PPD Kulim Bandar Baharu – Diploma
- Guru Ganti MySTEP (Bahasa) PPD Kulim Bandar Baharu – Diploma
- Guru Ganti MySTEP (Kemanusiaan) PPD Kulim Bandar Baharu – Diploma
- Guru Ganti MySTEP PPD Kuala Muda Yan, Kedah – Diploma
- Guru Ganti MySTEP PPD Kubang Pasu, Kedah – Diploma
Negeri Sarawak
- Guru Ganti MySTEP PPD Betong, Sarawak – Diploma/ Ijazah
- Guru Ganti MySTEP PPD Tambunan, Sabah – Diploma
- Guru Ganti MySTEP SK Serasot, PPD Bau, Sarawak – Ijazah
- Guru Ganti MySTEP SK Segubang, PPD Bau, Sarawak – Ijazah
- Guru Ganti SK Skibang , PPD Bau Sarawak – Ijazah
- Guru Ganti SK KPG Bobak/ Sejinjang, PPD Bau, Sarawak – Ijazah
Negeri Perak
- Guru Ganti MySTEP (SK & SMK) PPD Kinta Utara – Ijazah
- Guru Ganti MySTEP PPD Kuala Kangsar, Perak – Ijazah
Negeri Perlis
- Guru Ganti MySTEP SMK Beseri, JPN Perlis – Ijazah
- Guru Ganti MySTEP SMK Tuanku Lailatul Shahreen, JPN Perlis – Ijazah
Negeri Pahang
- Guru Ganti MySTEP PPD Rompin, Pahang – Ijazah
- Guru Ganti MySTEP PPD Kuantan Pahang – Ijazah
Negeri Johor
- Guru Ganti MysSTEP PPD Batu Pahat, Johor – Ijazah
Baca Juga: Jawatan Kosong Jabil Malaysia 2026
Tugas Guru Ganti MySTEP 2026
- Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap;
- Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan;
- Terlibat dengan aktiviti kokurikulum seperti guru yang lain;
- Menjalankan arahan ketua jabatan dari masa ke semasa.
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Guru Ganti MySTEP 2026 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Syarat Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP 2026
Syarat Perlantikan Guru Ganti MySTEP adalah seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan
- Memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu diperingkat SPM/SVM atau yang setaraf
- Mendapat kepujian dalam empat (4) matapelajaran lain diperingkat SPM serta
- Kepujian diperingkat SPM bagi matapelajaran yang perlu diajar
- Bagi syarat lantikan guru agama, calon hendaklah memiliki kepujian Bahasa Arab diperingkat SPM
- Syarat lantikan guru bahasa cina/tamil, calon hendaklah memiliki kepujian Cina/Tamil diperingkat SPM
Skop Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP 2026
Guru Ganti dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2025.
Kadar Upah Guru Ganti MySTEP
Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.
| Kelayakan | Kadar Upah |
|---|---|
| Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan ke atas | RM2,300.00 |
| Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) | RM2,100.00 |
| Setaraf SPM | RM1,900.00 |
| Tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | RM1,700.00 |
Kemudahan Yang Diberikan
| Cuti Rehat | 12 hari setahun* |
| Cuti Sakit | 14 hari setahun* |
| Perlindungan Sosial | Caruman KWSP & PERKESO |
Cara Mohon Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP 2026
- Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP 2026 diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
TIPS TEMUDUGA JAWATAN KOSONG Guru Ganti MySTEP 2026
Sila bawa dokumen berikut ketika Sesi Temuduga Dijalankan :
A. Sijil akademik ( SPM/STPM/Diploma/Ijazah)
B. Kad pengenalan
C. Transkrip peperiksaan bagi graduan yang belum konvokesyen
D. Sijil ikhtisas atau surat lantikan personel mystep guru ganti ( jika ada)
Semua salinan perlu disahkan oleh ketua kampung/pegawai kerajaan kumpulan profesional)
Peringatan : sijil yang asal juga perlu dibawa ketika temuduga dijalankan
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.
