Berita baik buat pencari kerja! Sekiranya anda sedang mencari peluang pekerjaan dalam sektor pendidikan kerajaan, kini anda boleh memohon jawatan kosong Guru Ganti MySTEP bagi tahun 2025.
Program MySTEP (Malaysia Short-Term Employment Program) menawarkan peluang kerja kontrak dengan gaji menarik dan pelbagai faedah, terutamanya kepada lepasan SPM dan Diploma. Jawatan ini sesuai untuk individu yang berminat dalam bidang pendidikan serta ingin mengumpul pengalaman berharga dalam profesion perguruan. Ketahui syarat permohonan, tarikh tutup dan cara memohon dalam artikel ini.
Maklumat Permohonan
Nama Jabatan: | Pejabat Pendidikan Daerah (Mengikut Negeri yang dipohon) |
Penempatan: | Perlis, Pulau Pinang, Pahang, WP Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur |
Kelayakan: | SPM/ Diploma/ Ijazah |
Taraf Jawatan: | Skim Personel MySTEP |
Tarikh Tutup: | Terbuka |
Senarai Jawatan Ditawarkan
Jawatan | Pejabat Pendidikan Daerah | Kelayakan Akademik |
Personel MySTEP Guru Ganti SK (Pend. Seni Visual) | PPD Tumpat, Kelantan | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP | PPD Kota Bharu, Kelantan | STPM |
Personel MySTEP Guru Ganti | PPD Daerah Kuala Langat | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SJKC Kwang Hwa , Subjek Bahasa Melayu & Sains) | PPD Seberang Perai Utara, Butterworth, Pulau Pinang | Diploma |
Guru Ganti Personel MySTEP (SMK St. Mark, Subjek Bahasa Cina) | PPD Daerah Seberang Perai Utara, Butterwoth Pulau Pinang | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (Sekolah Rendah) | PPD Barat Daya, Pulau Pinang | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (Sekolah Menengah) | PPD Barat Daya Pulau Pinang – | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SK Pekan Satu, WP Labuan) | Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SJKC Chin Wen, WP Labuan) | Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SK Bukit Kallam, WP Labuan) | Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SMK Mutiara, WP Labuan, Subjek Matematik) – | Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SM Sains Labuan – Geografi) | PPD WP Labuan, | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SK. St. Pius,Baram, Sarawak) | PPD Baram, Sarawak | SPM |
Guru Ganti Personel MySTEP (Sekolah Menengah) | PPD Bangsar/Pudu | Diploma |
Guru Ganti Personel MySTEP | PPD Lipis, Pahang | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP | PPD Kemaman Terengganu | STPM |
Guru Ganti Personel MySTEP (SK Padang Besar Selatan) | JPN Negeri Perlis | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SK Seberang Ramai) – | JPN Negeri Perlis | SPM & Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SK Seri Tunjong) | JPN Negeri Perlis | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SJKC Khay Beng) | JPN Negeri Perlis | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (SK Padang Besar Utara) | JPN Negeri Perlis | Ijazah |
Guru Ganti Personel MySTEP (Sek Agama Al- Islahiyah (Rendah)) | JPN Negeri Perlis | SPM |
Guru Ganti Personel MySTEP (SK Kayang) | JPN Negeri Perlis | SPM |
Baca Juga:
- Minat Kerjaya di PDRM? Jawatan Kosong Personal MySTEP PDRM 2025 Kini Ditawarkan!
- PERODUA Tawar Kerjaya Automatif 2025 – Gaji, Elaun & Bonus Lumayan – Mohon Sekarang!
Tugas Guru Ganti MySTEP 2025
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
- Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod pelajar.
- Terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum (dalaman sahaja).
- Lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
Syarat Asas Permohonan Guru Ganti MySTEP
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Mempunyai fizikal yang sihat dan cergas
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Guru Ganti MySTEP 2025 yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Syarat Kelayakan Guru Ganti MySTEP 2025
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Lulusan SPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian dan Jabatan masing-masing.
Skop Kerja Guru Ganti MySTEP 2025
Guru Ganti dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2025.
Kadar Upah MySTEP
Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.
Kelayakan | Kadar Upah |
---|---|
Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan ke atas | RM2,000 – RM2,499 |
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) | RM1,700 – RM1,999 |
Kemudahan Yang Diberikan
Cuti Rehat | 12 hari setahun* |
Cuti Sakit | 14 hari setahun* |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP & PERKESO |
Elaun | Tuntutan Perjalanan Kenderaan Tambang Pengangkutan Awam |
Cara Mohon Guru Ganti MySTEP 2025
- Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti 2025 diatas hendaklah melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Soalan Lazim (FAQ)
- Apakah itu program MySTEP?
MySTEP (Malaysia Short-Term Employment Program) ialah inisiatif kerajaan untuk menawarkan peluang pekerjaan kontrak jangka pendek dalam sektor awam dan GLC, termasuk bidang pendidikan seperti jawatan Guru Ganti. - Siapakah yang layak memohon jawatan Guru Ganti MySTEP ini?
Lepasan SPM, STPM atau Diploma dalam bidang berkaitan amat digalakkan untuk memohon. Calon yang aktif dan berminat dalam bidang pendidikan akan diberi keutamaan. - Berapakah gaji yang ditawarkan?
Gaji bergantung kepada penempatan dan kelulusan, namun biasanya sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan termasuk elaun tertentu. - Di mana penempatan kerja akan dilakukan?
Penempatan biasanya dilakukan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bergantung kepada keperluan semasa di daerah atau negeri tertentu. - Bagaimana cara untuk memohon?
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi kerajaan atau portal kerja seperti SPA, MyFutureJobs, atau pautan yang disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). - Adakah pengalaman mengajar diperlukan?
Tidak wajib, tetapi mempunyai pengalaman sebagai guru tuisyen atau pembantu pengajar merupakan satu kelebihan. - Bila tarikh tutup permohonan?
Tarikh tutup berbeza mengikut negeri atau PPD yang menawarkan jawatan. Calon disarankan untuk memohon secepat mungkin selepas iklan dibuka.
👉 Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Jika anda seorang graduan, lepasan SPM/Diploma, atau sedang mencari pengalaman kerja dalam bidang pendidikan – inilah masanya untuk bertindak. Mohon jawatan kosong Guru Ganti MySTEP 2025 sekarang dan mula bina kerjaya anda bersama sektor kerajaan.
Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan/ swasta yang terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan. Sebarang permohonan hendaklah melalui portal rasmi seperti yang telah kami beritahu di bahagian cara mohon. Kami tidak mengambil sebarang maklumat peribadi pemohon di laman web ini.