MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : CHECK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM2100)

Bantuan yang disumbangkan di bawah program MyKasih adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan tambahan bersasar yang diperuntukan oleh Kerajaan Madani bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah (B40).
Bagaimanakah MyKasih semakan status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2025. Semak Status Kelayakan penerima dan Jumlah Bantuan
MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima MyKasih, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi my-kasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui‘, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
BILANGAN PENERIMA MELEPASI STATUS 2025
Berikut merupakan bilangan penerima yang layak menerima my-kasih bagi tahun 2025 :
Penerima Miskin & Miskin Tegar | 0.7 juta penerima |
Penerima Asas Bukan Miskin | 4.7 juta penerima |
*Menjadikan keseluruhan penerima yang layak adalah seramai 5.4 juta merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang.
KADAR SUMBANGAN MENGIKUT STATUS 2025
PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR :
KATEGORI PENERIMA | KADAR SUMBANGAN |
Isi Rumah | RM2,100 setahun |
WARGA Emas | RM1,650 setahun |
Bujang | RM600 setahun |
PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN :
KATEGORI PENERIMA | KADAR SUMBANGAN |
ISI RUMAH | RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM450 setahun |
BUJANG | – |
KAEDAH SUMBANGAN MYKASIH 2025
Bantuan yang disumbangkan melalui My Kasih telah diselaraskan kepada semua penerima di setiap negeri termasuk di Sabah dan Sarawak iaitu dikreditkan setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (IC) penerima khas untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas.
TARIKH SUMBANGAN MYKASIH 2025
Bantuan akan disumbangkan mengikut tarikh seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH SUMBANGAN |
Penerima Miskin & Miskin Tegar (Selama 12 bulan) | bermula 15 Januari 2025 sehingga Disember 2025 |
Penerima Asas Bukan Miskin (Selama 9 bulan) | bermula April 2025 sehingga Disember 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan My KASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : info@mykasih.com
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.