Bantuan SARA ekasih 2025 : Pendaftaran & Semak Status Bantuan Tahun 2025.

Bantuan SARA ekasih RM200/ RM100/ RM50 Sebulan sepanjang Tahun 2025.

Sistem eKasih merupakan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang diwujudkan bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan. Pada Tahun 2025, Sistem ekasih ini di tambah baik dengan Pemberian bantuan SARA ekasih 2025 bagi membantu rakyat dalam meringankan kos pembelian barang keperluan.

Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula diguna pakai pada Jun 2008.

Sistem ekasih 2025

Sistem eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas, maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:

  • Semakan status kemiskinan secara online.
  • Penyelarasan maklumat bantuan.
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  • Pengiraan status kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

BACA JUGA: SENARAI KEDAI (SELURUH NEGERI) UNTUK MENGGUNAKAN BANTUAN SARA EKASIH DALAM MYKAD

Syarat Kelayakan Pendaftaran ekasih

Berikut merupakan antara Syarat Kelayakan Pendaftaran ekasih iaitu :

  1. Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  2. Warganegara.
  3. Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri

* Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2016 yang digunapakai mulai 1 Januari 2019.

Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada :

  1. Pekerjaan Bergaji.
  2. Bekerja Sendiri.
  3. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
  4. Pindahan Semasa diterima.

Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.

Cara Daftar ekasih

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Bergantung kepada syarat pemohonan pendaftaran eKasih. Ini kerana hanya golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 layak untuk dibanci.

sumber : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03

Anda boleh juga layari laman web rasmi untuk semakan online disini :

Laman Rasmi ekasih : https://ekasih2.icu.gov.my/

Maksud Status Daftar ekasih

Tarikh Bayaran SARA ekasih 2025

Pengagihan bantuan SARA EKASIH seperti berikut:

Kategori PenerimaTarikh Bayaran
Penerima Bantuan STR
(Berstatus Miskin dan Miskin ekasih)
BERMULA 15 JANUARI 2025 (RABU)

Jumlah Bantuan SARA ekasih 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:

Syarat Kelayakan Bantuan SARA ekasih 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Cara Semak Online Bantuan SARA ekasih 2025.

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  1. Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  2. Di Portal Rasmi MySTR

Berikut merupakan Panduan Lengkap Cara semak secara Online

Cara semak secara online melalui Portal Mykasih :

  1. Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon tanpa sengkang (-)
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Semakan Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran
  9. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  10. Selesai.

Cara Bayaran Bantuan ekasih SARA 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan

Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad (Kad Pengenalan).

POST TRENDING: CARA GUNA BANTUAN EKASIH SARA DALAM MYKAD (KAD PENGENALAN)

Rujukan

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : info@mykasih.com

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment