JAWATAN KOSONG 2024 UTEM : SENARAI JAWATAN & SYARAT KELAYAKAN

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan Universiti Awam Teknikal yang pertama di Malaysia. UTeM juga adalah sebuah Universiti Berfokus yang menumpukan aktiviti kesarjanaan dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, ICT, teknologi dan pengurusan teknologi bagi menjana modal insan yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang teknikal untuk keperluan sektor industri berteknologi tinggi.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong UTeM 2024 seperti berikut:

Maklumat Kekosongan UTeM

Nama UniversitiUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
PenempatanNegeri Melaka
KelayakanSPM & Diploma
Taraf JawatanKontrak
Tarikh Tutup15 Februari 2024 (Khamis)

Senarai Jawatan Kosong 2024 UTeM

  1. Jurupulih Perubatan Gred U29
  2. Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  5. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

Lihat Juga :

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong UTeM yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong 2024 UTeM

  • Permohonan Jawatan Kosong 2024 UTeM diatas hendaklah dibuat melalui portal rasmi Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di https://www.utem.edu.my/ atau pautan Senarai Jawatan Kosong 2024 UTeM yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan Kosong 2024 UTeM

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment