PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN : SENARAI JAWATAN KOSONG 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong 2024 Perbadanan Pembangunan Perumahan seperti berikut:

Maklumat Kekosongan

Nama MajikanPerbadanan Pembangunan Perumahan (HDC)
PenempatanRujuk Lampiran Dibawah
KelayakanPMR/ PT3/ SPM/ Diploma/ Ijazah
Taraf JawatanTetap & Berpencen
Tarikh Tutup05 Februari 2024 (Isnin)

Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC)

Latar Belakang

Perbadanan Pembangunan Perumahan atau dikenali sebagai Suruhanjaya Perumahan dan Pembangunan Sarawak (SPPS) telah ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Ordinan Perumahan dan Pembangunan, sebuah badan korporat di bawah Kementerian Perumahan Sarawak dan mula beroperasi pada 1 november 1972.

Pada 29 Oktober 2002, Ordinan Perbadanan Pembangunan Perumahan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk menggantikan Ordinan Perumahan dan Pembangunan 1971.

Berkuatkuasa 1 Januari 2003, (SPPS) telah ditukar kepada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) sebuah badan korporat di bawah Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG)

Fungsi Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC)

  • Untuk membangun, membina dan menyiapkan rumah untuk dijual atau disewa.
  • Untuk membangun atau menyediakan tapak dengan infrastruktur, perkhidmatan dan kemudahan yang mencukupi untuk pembinaan rumah atau keperluan tempat tinggal.
  • Untuk membina atau mendirikan rumah kedai untuk dijual, disewa atau ditukar di mana-mana estet perumahan untuk keperluan dan keselesaan penduduk yang mendiami atau bekerja di kawasan perumahan tersebut.
  • Untuk melaksana, menjalankan pelan atau skim untuk pembangunan estet perumahan yang disediakan atau dirangka oleh kerajaan.
  • Untuk memperbaiki, mengubahsuai, membaiki atau meningkatkan lagi rumah atau flat yang telah dibina atau dibangunkan oleh HDC.
  • Untuk merangka dan melaksanakan skim untuk memberi pinjaman atau apa sahaja bentuk kewangan kepada pembeli rumah atau hartanah lain yang dibina, dibangunkan atau dimiliki oleh HDC.
  • Untuk mengurus, mengekal, membaiki, mengubahsuai atau mentadbir mana-mana bangunan atau hartanah yang dimiliki sepenuhnya atau separuhnya oleh HDC.
  • Untuk menyedia, merangka atau menentukan tahap, kualiti, kriteria reka bentuk, buatan atau kerja-kerja kejuruteraan untuk beberapa kategori bangunan atau rumah yang akan dibina, didirikan, disiapkan atau diperolehi oleh HDC.

Senarai Jawatan Kosong 2024 Perbadanan Pembangunan Perumahan

NO.JAWATANGRED
1.Jurutera AwamJ41
2.AkauntanWA41
3.Pegawai PenyelidikQ41
4.Pegawai TadbirN41
5.Penolong Pegawai TadbirN29
6.Pelukis PelanJA19
7.Pembantu TadbirN19
8.Pembantu Awam GredH11

Lihat Juga :

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong 2024 Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon Jawatan Kosong 2024 Perbadanan Pembangunan Perumahan

  • Permohonan Jawatan Kosong 2024 Perbadanan Pembangunan Perumahan diatas hendaklah dibuat melalui portal rasmi HDC di https://hdc.sarawak.gov.my/ atau pautan Senarai Jawatan Kosong 2024 HDC yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan Kosong 2024 HDC

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment