Jabatan Perkhidmatan Awam 2024 : Pembantu Tadbir Kewangan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan JPA 2024 seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan JPA

Nama JabatanJabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
PenempatanSabah & Sarawak
KelayakanSPM/ SPM & SKM
Taraf JawatanTetap
Jumlah Kekosongan309 Kekosongan
Tarikh Tutup25 Januari 2024 (Khamis)

Senarai Kekosongan Jabatan Perkhidmatan Awam 2024

  1. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Lihat Juga :

Tugas Pembantu Tadbir Kewangan

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong Jabatan Perkhidmatan Awam yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Keperluan Tambahan

  • Calon yang berumur 18 hingga 35 tahun.
  • Keutamaan kepada calon yang Lulus (sekurang-kurangnya D) dalam 4 subjek lain pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Cara Mohon Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan JPA 2024

  • Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) di Jabatan Perkhidmatan Awam 2024 diatas hendaklah dibuat secara online melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di https://spa.gov.my/spa/ atau pautan Senarai Jawatan Kosong JPA 2024 yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Senarai Jawatan Kosong JPA 2024

Penafian: Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.

Leave a Comment